Wednesday, November 12, 2014

..CINTA HATIKU..

Menjadi seorang khalifah,isteri,anak,ibu,guru, dan pelajar amatlah memerlukan komitmen yang tinggi..Namun aku gembira dan bahagia dengan status sekarang ini..suami dan keluarga banyak membantu dan memahami kerjaya ku ini.Walau sesibuk mana pun, aku tetap bercita-cita tinggi mendidik anak-anak sebaik yang mungkin. Banyak cara didikan yang ingin aku contohi terutama sekali Kekasih hati kita Muhammad RasulAllah.

Pertama sekali, larangan Television di dalam rumah. Suami juga turut menyokongnya. Aku lebih rela mendownload beberapa cerita pengajaran atau membeli Cd Islamik yang sesuai untuk Izuddin dan adik-adiknya.

Kedua, aku telah membuat jadual dan menampal target dalam BaitulMuslim kami, antara targetnya ialah Izuddin sudah boleh menghafal Juz30 apabila umurnya mencapai 3tahun, dan kalau lebih awal daripada itu, itu satu advantage yang patut aku syukuri...sudah bermula daripada sekarang aku mengajaknya membaca surah-surah lazim. Adalah satu keajaiban, walau dalam masa yang singkat dia sudah mula dapat mengikut setiap bacaanku. Hadis juga turut aku titik beratkan, bukan sahaja utuk Izuddin sebenarnya aku juga turut belajar menghafal bersama-samanya...

Ketiga, aku cuba memastikan rumah dalam keadaan bersih dan Izuddin membantu aku mengemas dan menyusunnya.(walaupun dia memang suka keluarkan barang permainnya daripada bakul). Yang terlebih penting ialah makanan yang Izuddin makan, aku cuba sedaya upaya memberi makanan daripada air tangan ku walaupun kadang-kadang aku culas juga. Alhamdulillah, air tangan nenek nya yang lebih banyak dihadam, ini banyak membantu aku dalam memberi makanan yang baik,berkhasiat serta lebih terjamin kualitinya untuk menjadi seorang junduAllah,sesuai dengan namanya Ahmad Izuddin Al-Qassam.

No comments: