Alhamdulillah, sudah lebih kurang 4hari aku mengikuti class tahfiz. Dan Alhamdulillah juga,sebaik2 pujian utk Allah, aku berjaya menghafal lebih kurang 1juzuk lebih. Untuk menjadi seorang hafizah memang banyak yang terpaksa aku korbankan dulu,pekerjaan dan cita2 ku untuk menyambung master….Allah,dalam melalui proses menghafal ini, amat berat aku rasakan..bantulah aku ya Allah..
Aku banyak berfikir, tujuan hidupku,lebih menghargai setiap detik masaku. Aku mahu menjadi muslimat HEBAT!!!
Makin banyak aku berfikir, aku semakin sedar, untuk menjadi muslimat hebat, aku sendiri yang perlu koreksi diri..kerana di akhirat hidup akan nafsi-nafsi..mak dan ayah tidak dapat membantu menambah pahalaku, suami tidak akan berjaya memudahkan perjalanan ku di titian siratulmustaqim..adikberadik,saudaramara masing-masing akan sibuk dengan hal masing-masing untuk menyelamatkan diri di hari akhirat nanti…kerana itu aku bertanggungjawab atas kejayaan ku di dunia dan akhirat.
Maksudnya:
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَاقُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya:
Ya Tuhan Kami ! Kurniakanlah bagi kami akan isteri/suami kami dan anak-anak keturunan kami sebagai penyejuk mata-hati kami serta jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa
No comments:
Post a Comment