Semester ini merupakan semester ujian buat ku. Ibarat rasulAllah yang mendepani tahun kesedihan atas kematian bapa saudara dan isteri kesayangan, saidatina Khadijah. Aku menerima kematian ibu saudara dan nenda kesayangan. Tiada daya upaya melainkan pertolongan Allah, aku menerima kematian mereka dengan reda. Tidak meratap seperti gaya orang jahilliah.nauzubillah..
Walau tanpa ratapan dan air mata, tetapi hakikatnya hanya Allah yang tahu betapa kesedihan aku. Kehilangan nendaku pada pagi khamis, 18 mac 2010 ibarat kehilangan sahabat karib,sahabat seperjuangan,sahabat sedih dan ketawa kerana aku cukup rapat dengan beliau. Sama-sama dalam cinta Ilahi, kami melakukan ibadat bersama-sama, mengaji bersama,solat berjemaah, tautan ukhwah ke rumah sahabat…cukup banyak kenangan bersama hinggakan aku hingga kini bagaikan tidak percaya yang aku telah kehilangannya, sedangkan banyak lagi rencana dan aktiviti dalam minda ku untuk ku lakukan bersama-sama.
Wahai nendaku,
Dulu kita solat berjemaah, siapa yang mampu mengganti kan tempatmu solat berjemaah bersamaku..
Dulu kita tautkan ukhwah dengan ke rumah sahabat-sahabatku dan dirimu, siapa yang akan menemaniku untukku lakukan tautan ukhwah ini seterusnya.
Dulu aku membacakan untukmu pelbagai jenis buku, buku tentang kematian salah satunya, sekarang kau mengalami sakit kematian itu..bagaimana rasanya,bagaimana tempat tidurmu,bagaimana dan bagaimana..tiada daya upaya melainkan pertolongan mu Allah,aku akan menyusul nenda ku satu hari nanti..
Wahai diri,
Sedarlah..lakukanlah yang terbaik untuk kehidupan ini. Sedekahlah, solat berjemaahlah, mengajilah, taatlah, berbuat baiklah, jujurlah, berjuanglah dengan kebenaran dan laranglah perkara kebatilan sebelum nyawa di pulangkan kepada yang berhak, daging dan badan di berikan kepada yang berhak, harta peninggalan di serahkan kepada yang berhak, ..hanya amalan yang tinggal bersama-sama di dalam kubur. Tempat tinggal yang amat di benci orang-orang fasik,kafir dan musyrik. Sesungguhnya amalan itu yang kekal bersama-sama, cukup kah amalan kita,bersediakah kita jika kita di panggil ilahi, sekarang, lusa, esok, tulat..anak-anak akan berhenti membaca al-fatihah setelah penat, saudaramara, adik beradik,sahabat-sahabat akan sedikit demi sedikit melupakan kita dek ditelan masa, makanya apa yang tinggal bersama kita di alam kubur yang amat dasyat itu?? Sedarlah wahai diri, di dalam cinta Ilahi, aku menginggatkan diriku dan dirimu bahawa dunia ini hanya sementara,dan akhirat itu jua yang kekal selamanya…
1 comment:
Coretan pertama terpancar dari hati yang sangat dalam. Terasa sayu pemergian nenda yang tercinta. Walaupun akak tak dpt mengenali dia dengan lama, tapi terpancar sinar kasih sayang yang amat mendalam antara awak dan mak Intan. Kaca mata kerisauannya tak mungkin dapat akak lupa. Sangat bertuah berkesempatan mengenali insan yang sangat berharga itu. Semoga sama2 kita dapat bertemunya di syurga kelak. Taut kembali ukhuwah kita di 'sana'. KAU makbulkanlah doa kami Ya Allah. Ameen...
Kita yang hidup perlu teruskan hidup. Yang pastinya kita juga akan ikut jejaknya entah sekejap lagi, esok, lusa, tulat, bulan depan, tahun depan. Allahu a'lam... Jadi ayuh kita beribadat seolah2 hari esok sudah tiada. Disamping doa untuk mereka yang tersayang...
Al-Fatihah untuk nenda Aisyah...
Post a Comment