Friday, October 8, 2010

Mencintai XBererti Memiliki...

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .

Si dia kepunyaan mu ...

Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya.. .

Kita tidak pernah memiliki sesiapa...

Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...

Hukum alam menyatakan.. .

Mencintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura ...

Berlakon di pentas dunia...

Dan bertopeng menutup rahsia..

Tetapi hati...

Tidak pernah berdusta pada empunya...

Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...

Mungkin si dia melafazkan.. .

Ungkapan cinta pada mu ...

Tetapi hati dan perasaannya. ..

Tidak pernah berniat begitu...

Dia hanya berselindung. ..

Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...

Begitu jujur dan setia mencintainya. .

Sehingga terlupa..

Hukum alam menyatakan..

Mencintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya. ..

"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."

"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah. ..

Kita sebenarnya kepunyaan..

Yang Maha Esa...

Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...

Kecuali Dia...

Dia mengasihi hamba-Nya...

Dia memiliki hamba-Nya...

Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

Kejar lah cinta Allah,kerana cinta Allah tidak akan mengecewakan kita=)

Friday, August 20, 2010

Dari ku untukmu~

Assalamualaikum Aisyah,

Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih lagi di beri 2 nikmat terbesar iaitu iman dan islam..sesuatu yang tidak dapat di beli di mana-mana, tidak dapat di warisi dari ibu bapa.

Semoga Berjaya di dunia dan akhirat.. semoga menjadi muslimah yang di redai Allah, andai tidak seperti Rabiatul Adawiyyah, Aisyah Abu Bakar, Asiah isteri firaun, mahupun Zainab Al-Ghazali,tetapi berusahalah ke arah iman seperti mereka..

Jagalah solat mu, perkara pertama yang akan ditanya oleh malaikat di alam kubur itu. Tunaikan hak-hak wasiat imam syafie..semoga nantinya kematian mu dalam reda Allah dan manusia..

10 Wasiat Imam Syafie














Sebelum Imam Syafie pulang keramahtullah,beliau sempat berwasiat kepada muridnya dan umat Islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiatnya tersebut :

''Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

HAK KEPADA DIRI
• Mengurangkan tidur,mengurangkan makan,mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
• Mengqhadakan kewajipan yang tertinggal,mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi,membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

HAK KEPADA KUBUR
• Membuang tabiat suka menabur fitnah,membuang tabiat kencing merata-rata,memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang di zalimi.

HAK KEPADA MUNGKAR DAN NAKIR
• Tidak berdusta,berkata benar,meninggalaknan maksiat dan nasihat menasihati.

HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI AKHIRAT)
• Menahan kemarahan,banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup menaggung kesusahan.

HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
• Membuang tabiat suka mengumpat,bersikap warak,suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA )
• Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
• Berasa redha dengan Qadha' Allah,bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

HAK KEPADA NABI SAW
• Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat,bergantung kepada as -Sunnah (hadith),menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

HAK KEPADA ALLAH SWT
• Mengajak manusia ke arah kebaikan,mencegah manusia dari kemungkaran,menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Rasanya sampai sini dulu, semoga sentiasa dalam reda Allah. Koreksi dan muhasabah diri sebelum tiada lagi waktu penerimaan taubat(kematian).



Daripada ,
Siti Nur Aisyah Abd Rahman

Sunday, March 28, 2010

…DaLam CinTa IlaHi…

Cukup lah Allah bagiku…sesungguhnya kematian itu pasti, tiada sesiapa yang dapat menolak kematian itu walau sesaat pun, sama ada kematian itu dalam redanya atau tidak. Ini bukan diari yang menjadi rahsia tetapi ia juga bukan merupakan catatan biasa yang ingin ku kongsi bersama.

Semester ini merupakan semester ujian buat ku. Ibarat rasulAllah yang mendepani tahun kesedihan atas kematian bapa saudara dan isteri kesayangan, saidatina Khadijah. Aku menerima kematian ibu saudara dan nenda kesayangan. Tiada daya upaya melainkan pertolongan Allah, aku menerima kematian mereka dengan reda. Tidak meratap seperti gaya orang jahilliah.nauzubillah..

Walau tanpa ratapan dan air mata, tetapi hakikatnya hanya Allah yang tahu betapa kesedihan aku. Kehilangan nendaku pada pagi khamis, 18 mac 2010 ibarat kehilangan sahabat karib,sahabat seperjuangan,sahabat sedih dan ketawa kerana aku cukup rapat dengan beliau. Sama-sama dalam cinta Ilahi, kami melakukan ibadat bersama-sama, mengaji bersama,solat berjemaah, tautan ukhwah ke rumah sahabat…cukup banyak kenangan bersama hinggakan aku hingga kini bagaikan tidak percaya yang aku telah kehilangannya, sedangkan banyak lagi rencana dan aktiviti dalam minda ku untuk ku lakukan bersama-sama.

Wahai nendaku,

Dulu kita solat berjemaah, siapa yang mampu mengganti kan tempatmu solat berjemaah bersamaku..

Dulu kita tautkan ukhwah dengan ke rumah sahabat-sahabatku dan dirimu, siapa yang akan menemaniku untukku lakukan tautan ukhwah ini seterusnya.

Dulu aku membacakan untukmu pelbagai jenis buku, buku tentang kematian salah satunya, sekarang kau mengalami sakit kematian itu..bagaimana rasanya,bagaimana tempat tidurmu,bagaimana dan bagaimana..tiada daya upaya melainkan pertolongan mu Allah,aku akan menyusul nenda ku satu hari nanti..

Wahai diri,

Sedarlah..lakukanlah yang terbaik untuk kehidupan ini. Sedekahlah, solat berjemaahlah, mengajilah, taatlah, berbuat baiklah, jujurlah, berjuanglah dengan kebenaran dan laranglah perkara kebatilan sebelum nyawa di pulangkan kepada yang berhak, daging dan badan di berikan kepada yang berhak, harta peninggalan di serahkan kepada yang berhak, ..hanya amalan yang tinggal bersama-sama di dalam kubur. Tempat tinggal yang amat di benci orang-orang fasik,kafir dan musyrik. Sesungguhnya amalan itu yang kekal bersama-sama, cukup kah amalan kita,bersediakah kita jika kita di panggil ilahi, sekarang, lusa, esok, tulat..anak-anak akan berhenti membaca al-fatihah setelah penat, saudaramara, adik beradik,sahabat-sahabat akan sedikit demi sedikit melupakan kita dek ditelan masa, makanya apa yang tinggal bersama kita di alam kubur yang amat dasyat itu?? Sedarlah wahai diri, di dalam cinta Ilahi, aku menginggatkan diriku dan dirimu bahawa dunia ini hanya sementara,dan akhirat itu jua yang kekal selamanya…

Kekuatan itu dari Allah...