~FrOm bOttOm oF mY hEaRt~
Cukuplah Allah bagiku..
Wednesday, November 12, 2014
..CINTA HATIKU..
Pertama sekali, larangan Television di dalam rumah. Suami juga turut menyokongnya. Aku lebih rela mendownload beberapa cerita pengajaran atau membeli Cd Islamik yang sesuai untuk Izuddin dan adik-adiknya.
Kedua, aku telah membuat jadual dan menampal target dalam BaitulMuslim kami, antara targetnya ialah Izuddin sudah boleh menghafal Juz30 apabila umurnya mencapai 3tahun, dan kalau lebih awal daripada itu, itu satu advantage yang patut aku syukuri...sudah bermula daripada sekarang aku mengajaknya membaca surah-surah lazim. Adalah satu keajaiban, walau dalam masa yang singkat dia sudah mula dapat mengikut setiap bacaanku. Hadis juga turut aku titik beratkan, bukan sahaja utuk Izuddin sebenarnya aku juga turut belajar menghafal bersama-samanya...
Ketiga, aku cuba memastikan rumah dalam keadaan bersih dan Izuddin membantu aku mengemas dan menyusunnya.(walaupun dia memang suka keluarkan barang permainnya daripada bakul). Yang terlebih penting ialah makanan yang Izuddin makan, aku cuba sedaya upaya memberi makanan daripada air tangan ku walaupun kadang-kadang aku culas juga. Alhamdulillah, air tangan nenek nya yang lebih banyak dihadam, ini banyak membantu aku dalam memberi makanan yang baik,berkhasiat serta lebih terjamin kualitinya untuk menjadi seorang junduAllah,sesuai dengan namanya Ahmad Izuddin Al-Qassam.
Friday, August 10, 2012
YA habibi,Uhibbuka fillah…
kawan bermatlamat untuk nikah sahaja..kalau berani datang rumah..fullstop!
Honestly,aku malas nak kira,berape bulan aku dah bergelar isteri..entah,aku punya sebab!aku merasai sudah lama mengenal suamiku walaupun kami bernikah bukan atas tiket ‘couple’..dan masa pertunangan tidaklah di bazirkan dengan banyak bermessage dan call..sume2 busy..and at last, bercinta lepas nikah lagi best..
Haha,kteorang pernah merempit bersama, matlamatnya saje2..makan kat restaurant or mne2 sahaja tempat best..dah xyah segan2..makan pun selera je..g dating tmpt gelap..no hal..xtakut kna cekup..ape2 pun aku bersyukur kepada Allah kerana aku tidak tergolong dalam geng2 couple..4 those yg dah terlajak bercouple,boleh go back semula..bertaubat.Allah syg anda,saya dan dia,my habibi..kerana cinta ini bukan bermatlamat di dunia sahaja..seriously,dunia akhirat..
Thursday, December 8, 2011
ISTIKHARAH CINTA 2

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Tapi layakkah seorang dai'e jatuh cinta?
Mereka juga punya hati dan rasa.
Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki/wanita menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.
Ketika dai'e jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki/wanita yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci
Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.
Ketika seorang dai'e jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki/ wanita yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.
Alangka kasihannya jika seorang dai'e jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan.
Tetapi saudari/saudaraku, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya.
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.
Saudari/saudara, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu.
Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.
Saudari/ saudara, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.
ISTIKHARAH CINTA
Mencintai orang dalam diam..wah20x!!!love story plak..ya Allah, aku lebih sanggup melihat mereka bahagia, maka berikan aku juga kebahagiaan…ya Allah,aku gembira melihat baitulmuslim yang akan mereka bina,maka tunaikan setiap permintaan doa ku untuk membina nya juga..
Atas kekuatan dari mu ya Allah,walau cinta ini bukan milik ku…janganlah cita-cita ku terkubur sama..Dr Siti Nur Aisyah Binti Abd Rahman al-hafizah…jalan dakwah masih memerlukan mu..hentikan airmata dan keluh kesah..inna Allah ma’ana..Sesungguhnya Allah bersama-samaku..
Andai cita-cita ku ini terkubur juga,dan anugerah ‘arwah’ lebih dulu kau berikan padaku..terimalah amalan ku ya Allah,kedua ibubapaku,adik-adik ku,saudaramara dan sahabat-sahabatku…ampuni kami ya Allah…maafkan ku kerana tidak menyembah mu selayaknya……….
Thursday, October 13, 2011
……...NAFSInafsi………………
Alhamdulillah, sudah lebih kurang 4hari aku mengikuti class tahfiz. Dan Alhamdulillah juga,sebaik2 pujian utk Allah, aku berjaya menghafal lebih kurang 1juzuk lebih. Untuk menjadi seorang hafizah memang banyak yang terpaksa aku korbankan dulu,pekerjaan dan cita2 ku untuk menyambung master….Allah,dalam melalui proses menghafal ini, amat berat aku rasakan..bantulah aku ya Allah..
Aku banyak berfikir, tujuan hidupku,lebih menghargai setiap detik masaku. Aku mahu menjadi muslimat HEBAT!!!
Makin banyak aku berfikir, aku semakin sedar, untuk menjadi muslimat hebat, aku sendiri yang perlu koreksi diri..kerana di akhirat hidup akan nafsi-nafsi..mak dan ayah tidak dapat membantu menambah pahalaku, suami tidak akan berjaya memudahkan perjalanan ku di titian siratulmustaqim..adikberadik,saudaramara masing-masing akan sibuk dengan hal masing-masing untuk menyelamatkan diri di hari akhirat nanti…kerana itu aku bertanggungjawab atas kejayaan ku di dunia dan akhirat.
Maksudnya:
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَاقُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya:
Ya Tuhan Kami ! Kurniakanlah bagi kami akan isteri/suami kami dan anak-anak keturunan kami sebagai penyejuk mata-hati kami serta jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa